Sunday 3 July 2011

sayang EMAK =)

sangat susah rupanya untuk seimbangkan di antara kehendak nafsu dan keperluan yang betul-betul perlu..kerana diri ini masih lagi sedang belajar untuk berdikari..sangat sukar apabila terpaksa menyelesaikan kesemua tugasan secara sendirian kerana sebelum ini ada emak tersayang yang membantu..apabila segalanya kelam kabut, emak jugalah yang dicari..sangat bersyukur kerana mempunyai seorang emak yang sangat memahami..terima kasih emak kerana mamahami diri ini..terima kasih kerana sentiasa ada bila diri ini memerlukanmu..




terima kasih emak kerana sentiasa mendoakan kesejahteraan anakmu ini..kerana doamu, anakmu ini masih lagi berdiri di sini..dengan doamulah anakmu ini meneruskan segala-galanya..keranamulah anakmu berjaya hidup hingga ke hari ini..semuanya di atas pengorbananmu..kerana itulah syurga itu terletak di telapak kaki seorang ibu..betapa besarnya pengorbanan seorang wanita bernama ibu..

semoga emak berjaya dunia dan akhirat..walaupun anakmu ini tidak mampu membalas jasa-jasamu, wajahmu tak pernah luput dari doaku..


 terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan seindah kurniaan kepadaku..kurniaan terindah apabila mempunyai seorang emak bernama Faidah binti Yusof  =)


tiada ibu yang tidak sayangkan anaknya..kerana fitrah seorang wanita mempunyai sifat lembut..dan sifat lembut yang penuh dengan kasih sayang ada dalam diri seroang wanita bergelar  ibu..sejahat-jahat mana pun seorang ibu itu pada luaran, tiada siapa yang tahu dalamannya..kerana betapa susahnya seorang ibu untuk menyembunyikan sesetengah kesakitan dari dilihat anaknya..tiada ibu yang mahu dilihat lemah di hadapan anaknya..kerana ibu tahu anaknya mendapat kekuatan darinya..

salam sejahtera ke atas semua ibu..setiap hari adalah hari ibu =)


a wish with blossom of love, deep from my heart =)




bingkisan hati : terasa peroleh kekuatan apabila dapat berbual dengan emak =)

p/s : untuk ayahku tersayang Omar bin Abas, you are always in my heart..no one can be a good father as great as you..because you are the greatest one in the whole world..i love you dad ^^,


No comments:

Post a Comment