Friday 15 July 2011

hidup + ujian = susah..???

tarbiyah..apa itu tarbiyah.? tarbiyah adalah pendidikan..pendidikan terus dari Allah =)

bercakap pasal tarbiyah, ada kaitannya dengan ujian..kerana setiap ujian adalah tarbiyah..saya tahu ramai yang tak sukakan ujian..kerana ujian itu sangat menguji..menguji dalaman serta luaran..menguji kekuatan sebenar seseorang..bukan sekadar menguji kekuatan jasmani, tetapi juga menguji kekuatan hati..sebab itulah namanya UJIan =)..

tarbiyah itu ada di mana-mana sahaja..tarbiyah melatih kita unutk menjadi seorang yang kuat dalamannya..setakat manakah kemampuan kekuatan luaran andai dalaman (rohani) kita lemah.? renung-renungkanlah wahai sahabatku-sahabatku..

mungkin ramai yang mengeluh ketika berada dalam masalah..tapi, pernahkah sahabat terfikir, masalah itulah yang selama ini menguatkan sahabat untuk mengharungi hidup.? ceriakah hidup tanpa masalah.? saya rasa, hidup itu tiada makna andai diri sentiasa dalam keadaan selesa tanpa sebarang masalah..bersyukurlah dengan segala masalah yang menimpa..kerana ini menunjukkan bahawa kamu itu kuat..tidak seperti mereka yang tiada masalah..kerana saya yakin, andai mereka yang sentiasa berada dalam zon selesa menghadapi masalah, mereka akan mudah mengalah..jadilah mereka seperti dedaun kering yang rapuh dan mudah mudah rosak apabila dikasari..


mungkinkah ini adalah kita.???


teringat saya pada pengalaman sendiri..pengalaman di mana pada waktu saya PERNAH menjadi sekasar-kasar perempuan..(sedang belajar untuk menjadi sesopan-sopan muslimat..^^, )..mungkin tidak layak untuk bergelar seorang muslimat yang bercita-cita menyebarkan Islam..kerana kekasaran itu, ramai sahabat tidak menganggap bahawa saya mempunyai sekeping hati wanita..sekeping hati yang inginkan kelembutan..sekeping hati yang mudah terguris andai dikasari..tapi Alhamdulillah..saya bersyukur kerana dengan kealpaan sahabat-sahabat tentang itu, saya menyedari bahawa itulah tarbiyah yang paling berharga dari Allah..saya belajar unutk menjadi lebih kuat..lebih tabah untuk menjalani kehidupan yang semakin mencabar sekarang..terima kasih sahabat semua =)


 impian dan harapan..insyaAllah =)


kadang-kadang, ramai yang tidak sedar bahawa dia sedang ditarbiyah oleh Allah..sampaikan dia lebih rela unutk memilih keluhan..ingatlah sahabat, setiap keluhan, setiap rungutan yang terbit dari hati mahupun lisan menandakan bahawa sahabat tidak redha unutk menerima ketentuanNya..Dia tahu apa yang terbaik untuk kita sahabatku..kerana Dia itu Maha Mengetahui..Dia mahu kita menjadi lebih kuat..


Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


setiap ujian yang sahabat terima, itulah tarbiyah dari Allah..terimalah tarbiyah itu dengan hati yang terbuka..terimalah segalanya dengan hati yang lapang..kerana setiap ujian yang diterima, ada hikmahnya..
"Sesungguhnya Allah turunkan hujan untuk hadiahkan kita pelangi"..dengan syarat, engkau MESTI bersabar sahabatku..sabarlah dalam menghadapi ketentuan itu..selepas itu, engkau PASTI akan menikmati pelangi yang terindah..nikamtilah indahnya perasaan itu apabila berjaya mengharungi segala ketetapan Allah degan sabar..kerana pada masa itu, kita dapat rasakan bahawa Allah sangat dekat dengan kita..betapa manisnya kasih sayang Allah itu =)


 Allah turunkan hujan yang sangat lebat..dengan guruh, kilat..segalanya memang mencabar sekeping hati..pernah terdetik di hati untuk putus asa..tapi kita yakin dengan janji Allah..dan kita terus sabar mengharungi ketentuanNya..

rupa-rupanya Dia nak hadiahkan kita pelangi..indahnya sabar itu..kerana kita rasa dihargai apabila kesabaran itu dibalas dengan nikmat dari-Nya..Alhamdulillah Ya Allah ^^,


Allah menyalurkan kasih sayangnya melalui pelbagai cara..melalui kesihatan tubuh badan, kesihatan akal, kemewahan, keselesaan, dan banyak lagi..dan salah satu dari cabang kasih-Nya adalah melalui tarbiyah itu sendiri..oleh itu sahabat sekalian, bersyukurlah atas ujian yang diterima..(ini dah masuk beberapa kali saya sebutkan tentang bersyukur atas ujian yang diterima..kerana percayalah yang Allah mahukan kita menjadi kuat dengan tarbiyahNya ^^, )


sampai di sini sahaja coretan naluri..moga kita semua tergolong dalam kalangan hambaNya yang
beriman..dan tergolong dalam kalangan penghuni syurgaNya..amin..insyaAllah =)



bingkisan hati : sedang belajar menghargai tarbiyah Allah..



No comments:

Post a Comment