Friday 22 July 2011

andai itu takdirNya

banyak ketawa tak bermakna gembira..
banyak bermuram tak bermakna berduka..
kerana tiada siapa yang dapat selami hati kita sedalamnya..
kerana kadang-kadang kita juga tak faham apa yang kita sedang rasa..

tak siapa tahu hati kita..kerana mungkin yang banyak ketawalah yang paling banyak air matanya..kerana dia mahu lihat orang lain bahagia.. bahagialah hatinya apabila melihat insan sekelilingnya tersenyum gembira.."air yang tenang jangan disangkan tiada buaya"..kerana setenang-tenang airlah yang paling banyak rahsianya..dan ketengan itulah yang membawa sejuta makna yang sukar diungkai dengan kata-kata..kerana yang faham hanyalah dirinya dan Allah Yang Maha Esa........


biarkan air matamu mengalir..kemudian bangkitlah kembali dengan jiwa yang lebih tabah.....


teruskan langkahmu wahai srikandi..biarkan tangsian itu terus mengalir di pipi..kerana ianya menguatkan jiwamu lagi..mendekatkanmu kepada Ilahi..menyedarkanmu bahawa hidup ini bukan semata-mata untuk ketawa..tapi kenyataan bahawa hidup ini bukan selamanya gembira..bimbang lupa pada tugasmu sebagai khalifahNya..

biarkan dirimu dikritik oleh mereka yang tidak memahami..kerana Allah sudah cukup bagi diri ini..teruskan perjalanan walau tiada teman di sisi..kerana kelak di akhirat kita juga sendiri..biarkan temanmu meninggalkanmu begini..kerana ini jelas menunjukkan bahawa dia bukan teman sejati..seorang yang tak dapat menerimamu dengan kelemahan yang ada..seorang yang mencarimu di saat dirinya berduka sahaja............


 
pergilah wahai teman..andai itu yang engkau pilih..kerana aku memang tak akan pernah sempurna......






bingisan hati : carilah walau hanya 1 sahabat..kerana 1 sahabat itu jauh lebih bernilai dari 1000 rakan/kawan/teman





2 comments:

  1. teruskan tersenyum walau di hatimu tidak mampu lagi bertahan. seorang mujahidah dan seorang daei pasti tak mudah mengalah! teruskan langkahmu :)

    ReplyDelete
  2. thnks sahabat =)
    inilah tarbiyah dari Allah..kerana Dia tahu apa yg terbaik untuk hambaNya =)

    ReplyDelete