Friday 29 July 2011

peluang ke-2 dari-Nya

berjalan seorang diri di satu kawasan yang sangat lapang..tak tahu apa yang aku sendiri nampak..kadang-kadang, kelihatan seperti ramainya manusia disekelilingku..dan mereka semua sujud ke tanah..keadaan mereka seperti meraung, menangis..tapi kenapa.??? pada saat tu, keadaan sangat kabur, suram dan muram......dan aku terus berjalan, menapak lagi ke hadapan...



..................................................................................................................................................................
tiba-tiba aku terbangun dari sebuah mimpi yang sangat menakutkan..walaupun hanya sekadar beberapa saat sahaja, tapi ia sangat memberi kesan dalam diri ni..kemudian diri ini berfikir sejenak..

'itukah keadaanku nanti di padang mahsyar.? kelihatan seperti aku sendirian, tanpa sesiapa pun membantuku..walaupun aku ramai ahli keluarga, sahabat, kawan, teman di dunia, tapi mereka boleh bantu aku kat akhirat nanti ke.?'

dan saat itu juga ketakutan sangat dirasai..menjalar di segenap urat nadi..terfikir akan amalanku (bekalan) yang sedikit ini..aku tak mahu mati dalam keadaan hina..aku takut nak berjumpa Allah dalam keadaan amalan yang tidak cukup ini..apa yang aku nak jawab di hadapan Allah nanti.??? Dia dah bagi aku banyak peluang dan kesempatan..aku ada banyak masa..tapi, aku tak boleh nak ingat Dia pada masa lapangku..aku ada banyak masa..tapi aku banyak habiskan pada benda yang sia-sia..Ya Allah..aku takut nak berhadapan denganMu..




pada masa itu, rasa diri ni hina sangat..kecil di mata Allah..mungkin di dunia ada ramai yang dapat membantu aku..tapi, di akhirat nanti aku sendiri..Ya Allah........banyaknya dosa aku..aku banyak lalai dari mengingatiMu..

malam itu, dek kerana terlalu takut mati tanpa bekal yang cukup, aku solat sunat taubat..takutnya andai aku tak sempat bangun lagi pada esok hari..dan aku menagis meminta ampun atas dosaku yang TERLAMPAU banyak..doaku diiringi dengan gambaran api neraka yang amat menakutkan..julangan yang tinggi dan sangat besar..aku bermohon padaNya semoga aku ditempatkan di atas landasan yang betul..dan sekali lagi, aku menangis sebelum tidur..menangis dan terus menangis..pemandangan api besar yang menjulang di neraka jelas kelihatan di tirai mataku..aku jadi sangat takut..



'sampai bila lagi la aku dapat hidup..sempat ke aku nak tampal semua amalanku yang berlubang.? Ya Allah, berilah kesempatan untukku hidup lagi..aku malu, aku takut nak berjumpaMu dalam keadaan yang hina ni..aku takut Ya Allah...'

kotak memoriku menayangkan satu persatu wajah sahabat-sahabatku yang lain..aku jadi sedih memikirkan mereka..aku tahu aku sendiri tidak sempurna..aku sendiri hina..tapi, aku tak mahu sahabat-sahabatku berterusan lalai dengan hidup ni..kerana sekarang aku dapat rasa bahawa kelalaian itulah yang membawa aku jauh dari Allah..

'ayuhlah kita sama-sama berubah wahai sahabat..aku takut untuk ke neraka..engkau juga takut kan.?'



sahabatku, janganlah ditunggu niatmu ikhlas untuk berubah..kerana ikhlas itu akan datang dengan sendiri apabila engkau melakukannya..jangan ditunggu sampai ajalmu tiba, baru engkau nak menyesal..kerana hidayah itu tak selalunya datang..aku bimbang hidayah Allah tak akan datang lagi kepadamu...jangan mengubah hukum Allah mengikut nafsumu..yang haram itu tetap haram wahai sahabat..............



bingkisan hati : sangat bersyukur kerana diri ini masih di dalam jagaan Allah..Dia masih memberi peluang pada aku yang hina ini..

No comments:

Post a Comment