Sunday 10 July 2011

permata vs kaca






Assalamualaikum dan salam sejahtera..
saya mulakan segalanya dengan doa di atas..moga ianya membuatkan sahabat semua berfikir =)..

semua orang mahukan pasangan hidup yang sempurna..telah menjadi fitrah setiap orang mahukan yang terbaik..tanya diri saya sendiri, mestilah mahukan yang lengkap Islam di hatinya, berharta, dan macam-macam lagi yang bersyarat..bohonglah andai dikatakan sahabat-sahabat hanya mahukan yang beragama..kerana telah menjadi fitrah manusia mahukan  hidup yang selesa..biarlah tidak kaya..hanya mahu hidup secukupnya pun dah puas hati bukan.?


setiap insan telah ditetapkan jodohnya..
dan peribadi pasangannya itu terbentuk berdasarkan peribadinya sendiri..



dan tiba-tiba pula saya terfikir..kita mahukan seorang pasangan yang sempurna..tapi, sejauh mana kesempurnaan kita.? semua orang mahukan yang beragama..tapi sejauh manakah agama kita.? Allah itu Maha Adil wahai sahabatku..jagalah dirimu dahulu sebelum engkau mengharapkan orang lain menjaga dirinya untukmu..kerana aku bimbang engkau sakit kelak..
(peringatan untuk diri sendiri juga T.T)


andai diri lemah tak tertanggung,
hentikanlah harapan yang terlalu menggunung..
bimbang kelak jatuh ke dalam gaung,
sakitnya mungkin membuatmu meraung..


perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..
surah al-Nur ayat 26



saya bukanlah mematahkan semangat kalian wahai sahabat..jika dirimu sendiri tidak sempurna segalanya, dan engkau pun malas berusaha unutk berubah, hentikanlah harapan mahukan yang sempurna..tapi, jika engkau masih mahukan sebegitu, mahukan syurga dunia dalam berpasangan, UBAHLAH DIRIMU SEKARANG.!!! AYUH KITA MULAKAN LANGKAH PERTAMA MENJADI YANG SEMPURNA DEMI SEORANG  YANG SEMPURNA.!!! =)


seindah hiasan adalah wanita solehah =)


ingatlah ini wahai sahabatku..dunia kini semakin parah..mencari hanya sebutir permata, payahnya mengalahkan segala-galanya..kerana yang bertaburan hanyalah serpihan kaca yang langsung tidak bernilai..kilauan kaca dan permata mungkin sama di pandangan mata kasar..tapi, nilainya jauh sekali berbeza..

saya tahu memang tiada insan yang sempurna di dunia ini kecuali Rasulullah SAW sahaja..tapi, kita masih boleh berusaha untuk menjadi hampir sempurna bukan.? fikirlah positif..gunaka segala kekurangan yang kita ada sebagai alat untuk mendekatkan lagi kita dengan Allah..dengan kekurangan, ia mengelakkan kita menjadi riak..menyedarkan kita bahawa kita ini hanyalah seorang hamba yang lemah tanpaNya =)

akhir kata dariku, carilah pasangan demi Islam, demi Allah..aku yakin segalanya berakhir dengan bahagia..kerana itulah janji Allah..memilih agama, engkau bahagia..sesungguhnya Allah tidak pernah, tidak akan mungkir dengan janji-janjinya wahai sahabat =)



insyaAllah segalanya berkahir dengan bahagia =)



p/s : ikatan yang dijalinkan adalah untuk membwa kita ke syurga..jika ikatan itu mendorong ke neraka, hentikan segalanya..engkau sedang mendera diri sendiri..ingatlah sahabat , TIADA ISTILAH BERCINTA SEBELUM KAHWIN =)



bingkisan hati : berharat bahawa diri ini adalah sebutir permata....
boleh dilihat..tapi sukar disentuh dan diperoleh...






1 comment: