Friday 10 June 2011

Nota dari Hawa untuk Adam

NOTA DARI HAWA UNTUK ADAM



adam..
kaum yang sering kami jauhi untuk mengelakkan kamu tergoda dengan kecantikan kami...
kami cuba untuk menjauhkan diri kami dari kamu wahai adam yang dikasihi..
kami tak mahu kamu rebah jatuh kerana kami..
kami takut imanmu runtuh rebah ke bumi..

wahai adam...
kami sering disalahkan kerana tidak pandai menjaga kehormatan diri..
kami sering disalahkan kerana membuatmu jatuh tersungkur di kaki kami..
kami sering disalahkan kerana membuatmu tidak dapat mengawal nafsumu sendiri..
tapi kami reda kerana kami memang mepunyai keistimewaan kami yang tersendiri..

kami faham segalanya wahai adam..
kerana Allah sendiri ada menyebut dalam Al-Quran bahawa kami ini fitnah dunia..
segala yang kami lakukan akan ada mata yang menatapnya..
kerana itu kami perlu pandai menjaga kehormatan diri demi sebuah agama..
kerana kami adalah pejuang Islam dalam gelita..

wahai adam...
kami mengerti akan keinginanmu terhadap kami..
kerana fitrah manusia adalah mahu rasa sayang-menyayangi..
kami faham kerana kami juga mahu memenuhi hasrat hati kami ini..
kamu harus tahu kami juga rasa apa yang kamu rasai..

adam yang dikasihi dalam sepi...
kamu sering menyuruh kami agar menjaga kehormatan (aurat) kami..
kerana kamu mahu menjaga pandangan kamu dari kami..
kerana kamu mahu menjaga hati kamu sendiri..
kerana kamu mahu memelihara titik hitam dari muncul di hatimu nanti..

tapi wahai adam...
tahukah kamu bahawa kami juga tersekasa kerana kamu.?
tahukah kamu bahawa kami juga terkorban kerana kamu.?
tahukah kamu bahawa segalanya sukar buat kami kerana kamu.?
tahukah kamu bahawa kami ada merintih kerana kamu.?

sedarlah wahai adam......
kamu menyuruh kami menjaga segalanya untuk menjagamu dari nafsumu sendiri..
tapi adakah kamu menjaga kami dari nafsu kami ini.?
kamu menyuruh kami menjaga diri kami demi sekeping hati yang kamu miliki..
tapi adakah kamu menjaga diri kamu demi sekeping hati yang kami miliki.?

segalanya sukar buat kami wahai adam..
andai kamu tahu apa yang kami tempuhi demi membantumu..
andai kamu tahu apa yang kami rasai untuk membantumu..
anadai kamu tahu apa yang kami korbankan dalam membantumu..
andai kamu tahu apa yang kami taburkan kerana membantumu..

ingatlah pesan kami adam......
segalanya bukanlah mudah buat kami
kerana kami juga insan biasa yang tidak sempurna diri ini..
kami mohon bantuan darimu agar membantu kami..
bantulah kami agar kami dapat membantumu menjaga hati..




No comments:

Post a Comment