Tuesday 14 June 2011

Untukmu Wahai Sahabat

carilah walau seorang sahabat..kerana 1 orang sahabat itu jauh lebih benilai dari 10000 orang rakan/kawan..........





sahabat...
terima kasih untuk teguran itu..aku sangat hargai akan nasihat itu..kerana aku ini manusia biasa..ada banyak kelemahan yang perlu aku ubah..engkau menyedarkan hakikat kehidupanku wahai sahabat..bahawa aku ini seorang muslimah..aku membawa nama Islam..semua orang memandangku dan menilai Islam melalui perlakuanku..aku tak mahu masyarakat memandang Islam buruk kerana buruknya aku..aku ingin menjadi pejuang Islam yang sejati..

terima kasih sahabat...
walau dihimpun segala harta di dunia ini, tidak mungkin cukup untuk membalas jasamu kerana menyedarkan aku..bahawa aku ini pendukung nama Islam..pendukung maruah Islam..sesungguhnya akulah pejuang Islam..dan salah satu perjuanganku adalah melalui perlakuanku sendiri..mana mungkin masyarakat akan menerima Islam melalui perlakuanku yang tidak melambangkan ciri-ciri muslimah sejati..terima kasih sekali lagi wahai sahabat..jasamu tak mungkin aku balas..

andai hari ini aku lupa,tolonglah ingatkan aku kembali..kerana aku ini insan biasa yang tidak sempurna..aku mudah lupa..bantulah aku wahai sahabat..kerana aku tidak kuat untuk berjuang sendiri tanpa bantuamu..ingatkan aku wahai sahabat..tolonglah ingatkan aku andai aku leka..





SAHABAT

semalam aku mencari seorang sahabat..
dan hari ini aku menjumpaimu..
moga hubungan kita kekal tersemat..
rupanya ada hikmah kita bertemu..

aku fikirkan segalanya adalah perisai hati..
yang membentengkan aku dari fitnah di sisi..
rupanya itulah setajam-tajam belati..
yang membunuh ciri-ciri Islam sejati..

engkaulah teman engkaulah sahabat..
yang membawa sinar berdaulat..
terima kasih buatmu harap belum terlambat..
moga engkau bahagia dunia akhirat..





p/s : terima kasih Ya Allah kerana telah menemukan aku sahabat yang sangat bermakna..moga ukhwah kami kakal berpanjangan..lindungilah mereka wahai Tuahan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung..iringilah mereka dalam rahmatMu Ya Allah..terima kasih Ya Allah..amin

perlakuan melambangkan peribadi..masyarakat menilai Islam melalui peribadi kita..so, jagalah perlakuan =)








TERIMA KASIH WAHAI SAHABAT
DOAKU MENGIRINGIMU..INSYAALLAH......





No comments:

Post a Comment