Tuesday 31 December 2013

Sayonara

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim....

hari ini insyaAllah akan ada sesi berusrah bersama bidadari kecil dunia :)

nampak sahaja kecil di mata
penyeri pengindah alam semesta
membawa Islam mekar di mata
itulah dia bidadari kecil dunia



sedang mencari tajuk yang sesuai..saya pun mulalah menggodek Youtube..kemudian terjumpa satu video.......SAYONARA________....

hidup ni aneh kan..macam kawan saya cakap la..(credit to : Zahhar Nisa' binti Azman) :p
"hati ingin melakukan..tapi ada batas perlu dijaga.." chewahhh..haha =.='

ya...hidup ni aneh..
penuh dengan kekecewaan..
penuh dengan kemahuan yang banyak..
betul la..manusia ni tamak..makin banyak kita dapat, makin tak cukup suatu perkara tu..

maka, inilah video yang saya jumpa itu....(maaf..tak reti nak masukkan dalam blog..=.=')
http://www.youtube.com/watch?v=s3H7CMN26Ic

apa yang kalian perasan dalam video tu.??? jom sama2 senaraikan..
-hati Sarah : mulanya putih melepak..lama2 makin gelap dan gelap..
-pergi usrah dapat putihkan hati.?? hmmm...
-...dan lain2 lagi....

tiba2 saya terfikir...
tengok movie boleh gelapkan hati.?? gulp..
dengar music boleh hitamkan hati.??? oh noooo.!!
main facebook boleh hitamkan hati jugak.?? glup glup glup *pengsan

betul ke semua tu.? kalau semua benda tak boleh buat, kejamnya Islam T.T..terfikir kejap...

apa hukum sebenar kita berhibur.? HARUS..kan.? :D
tapi, perkara yang harus tu, kalau dilakukan salah cara, maka boleh jatuh haram tau..contohnya macam kita berhibur sampai tak solat..berhibur terlebih hingga buang masa..ye la, sampai berjam lamanya tengok movie..haihhhhhhh..atau, berhibur terlebih sampai tahap keluar dengan lain jantina tengok wayang..hm...

jom revise satu ayat Al-Quran :)


al-an'am ayat 162


haaa...nampak tak tu.?? hidup kita ni adalah untuk beribadah kepada Allah..
so, kena duduk dalam masjid je la 24jam.??? T.T
takkkkk *geleng kepala...haha
siapa cakap beribadah tu kerja duduk dalam masjid je.? siapa cakap beibadah tu mesti baca Al-Quran je.? siapa cakap.???!!! =.='

semuanya bermula dengan niat..kalau kita buat perkara tu kerana Allah, maka ianya adalah ibadat..contohnya macam pergi kelas kan..kita niat la "Ya Allah..aku nak pergi kelas ni..nak tuntut ilmu Engkau..supaya aku dapat jadi pandai, dapat naikkan Islam..kan bangga kalau orang Islam pandai..mudahkanlah aku ya Allah.." *semangat :D
so, sama la macam perkara2 lain..bila nak makan, "Allah..aku nak makan, sebab aku nak jaga tubuh aku yang Engkau bagi ni..so, aku bertenanga nak berdakwah..aku bertenaga nak solat.."..so, senang kan.?? :')

tapi.!!!!! kalau niat betul tapi cara salah, tak ada guna jugak..contoh : niat nak berdakwah kat kawan berlainan jantina..tapi keluar berduaan je...atau niat nak berdakwah ngan dia yang tak pakai tudung, dan kita pun buang tudung sebab nak dekat dengan dia..erk =.='..so, fikirlah :)

ok..so, itu sahaja ya..kepada bidadari kecil dunia yang akan berusrah petang ini, anda bernasib baik kalau baca post ini..at least ada point bila ditanya :p

sehingga berjumpa lagi.!!! :D

oh...sebelum tu..ni khas untuk saya yang menaip : T.T

As-Saff : ayat 2 dan 3



bingkisan hati : mereka itu bidadari kecil dunia :)



No comments:

Post a Comment