Friday 21 October 2011

jodoh (part III)

soal hati dan perasaan adalah sangat rumit..kerana soal ini sendiri tak dapat dirungkaikan dengan kata-kata..ianya seakan lukisan abstrak yang terlampau keliru untuk dinyatakan bentuknya..hm..tahu apa beza di antara minat, suka, sayang, cinta, atau kasih.? jika ditanya pada diri ini, ianya memang sukar untuk dijelaskan..ada siapa-siapa yang mahu berkongsi pendapat di sini.? =)



bercakap lagi mengenai jodoh, teringat satu perbualan dengan seorang sahabat X sewaktu cuti baru-baru ini..inilah di antara percakapannya yang sangat menyentak naluriku sendiri  Y.Y :


X : aku jadi terfikir..yang datang meluahkan isi hati kepada aku adalah mereka yang biasa-biasa sahaja agamanya..adakah taraf jodoh aku hanya setakat itu sahaja.?


MasyaAllah..aku tak pernah terfikir sebegitu..kemudian aku muhasabah diriku sendiri..mungkinkah jodohku juga setaraf itu.? maknanya agamaku sendiri hanya setakat itu ke.? sedih memikirkannya..kerana sebagai seorang perempuan yang mempunyai fitrah inginkan hampir kesempurnaan dalam diri pasangannya, aku sememangnya mahukan jodoh yang tinggi ilmu agama di dadanya..dan semestinya seorang yang boleh mebimbing aku dan keluarga kelak..sama-sama berjalan di atas jalan dakwah-Nya..kemudian, aku terus diam memikirkan bagaimana agaknya jodohku nanti..beberapa detik selepas itu, sahabatku itu menyambung lagi luahannya....


X : tapi, tak baik fikir macam tu kan..memang la Allah dah janjikan jodoh yang baik untuk orang yang baik dan sebaliknya..tapi kita tak tahu masa depan..mungkin si dia tu akan berubah menjadi baik selepas nikah kan..


aku jadi tersenyum mendengarkan ayatnya..terima kasih Ya Allah kerana mengilhamkan kata-kata itu keluar dari mulut sahabatku itu..kini tenang sedikit hatiku..hm..benar wahai sahabatku..kita tak akan pernah tahu apa yang Allah simpan untuk kita di masa hadapan..mungkin si dia itulah yang akan menjadi lebih baik dari dirimu..si dia yang akan mengimamkan setiap solatmu, si dia yang akan menjadi pendampingmu, dan si dia yang akan membawamu lebih dekat dengan cinta Ilahi..InsyaAllah =)




pasangan yang terbaik untuk orang lain, tak semestinya terbaik untuk kita juga.. teringat kata-kata seorang lagi sahabat Z.. "Budak usrah tak semestinya calon suami terbaik.. tapi jangan salah faham, bila aku kata macam tu, bukan aku maksudkan diorang langsung tak baik. Cuma tak mustahil kan, ada bukan budak usrah yang LEBIH baik.. Tapi, satu bonus lah bila budak usrah ni sanggup meluangkan masa yang ada untuk gerak kerja Islam dalam kampus.. tapi apa-pun kena ingat lah, kita merancang, Allah pun merancang, tapi perancangan Allah lah yang terbaik".. jangan pernah pertikaikan samada si dia itu budak usrah atau tidak..jadilah hamba yang BERSYUKUR~ ^^,


selesai sesi 'motivasi' pada malam itu, masing-masing masuk untuk tidur..meninggalkan malam dengan hati yang penuh dengan rasa yang tak terucap..selamat malam cinta =)

mungkinkah si dia bakal jodohku itu pernah melihat bintang yang sama dengan bintang yang aku lihat.? just wonder sometimes =)


p/s : dialog yang ditaip bukanlah dialog yang setepatnya seperti yang diucapkan sahabatku..ayat telah pun  diubah untuk mudah difahami =)



bingkisan hati : mengimpikan seorang yang dapat membawa aku di jalan Allah dan bersama-sama berdakwah untuk Islam kerana-Nya..may that one fine day be here soon =)



1 comment:

  1. ececece.. 'aku dan dia lihat bintang yang sama' pulak ek.. ala2 cerita korea gitu.. aha..

    AnNur:26.. one fine day, inshaALLAH..

    ReplyDelete