Sunday 30 October 2011

andai ini yang perlu aku tempuhi

masa terus berlari..berlari pantas meninggalkan kenangan lama jauh ke belakang hari demi hari..dan tanpa sedar, diri ini sedang berada dalam dimensi saat ini..dimensi yang aku sendiri tak tahu apa yang sedang dirasai.................



maafkan aku andai engkau disakiti..kerana hati ini bukan hak milik hakiki..hati ini sesungguhnya dikawal penuh oleh Ilahi..andai jodoh sampai di sini, aku redha, berusaha tak mahu menangisi..kerana aku yakin segalanya ada hikmah tersendiri..aku mohon engkau juga mengerti..sesungguhnya tak mudah untuk membuat keputusan sendiri..sudah ditimbang baik buruk suatu hari nanti..moga dirimu mengerti akan rasa di hati ini..rasa yang mungkin sudah malap dimamah hari..atau ia adalah rasa yang hanya tinggal saki-baki daki..

andai esok aku masih mampu mengukir senyuman seindah mentari, doakanlah semoga ianya terukir ikhlas dari hati..aku akui, tak mudah membaca hati sendiri..kerana aku tidaklah sehebat seorang srikandi..srikandi yang begitu hebat dalam segala hal serba-serbi..srikandi yang menjadikan kelemahan sebagai penguat dalaman diri..aku akui, aku punya terlalu banyak kelemahan yang susah difahami..yang mungkin masih ada yang mahu hargai..atau mungkinkah langsung tiada yang menyedari..



sukar untuk aku luahkan rasa sebenar di hati..mungkinkah ianya sayang, rindu, cinta, atau benci.? segalanya bagaikan duri yang mencucuk sanubari..perit, pedih yang sememangnya tak mampu untuk dikongsi..biarlah aku sendiri yang menanggung sakit ini..hanya kerana mahu melihat engkau terus tersenyum berseri..kuharap agar senyuman itu akan terus terpateri..walau aku yang terpaksa menangis di dalam hati..

kuserahkan segalanya pada Ilahi..kerana hanya Dia yang tahu segala rahsia di hati ini..mungkin rahsia yang aku sendiri tak sedar ianya hadir bertubi-tubi..atau apa-apa sahaja yang aku fikir ianya perlu dilupai..Ya Allah, bantulah aku meneruskan hari..bimbinglah langkahku andai ini yang perlu aku tempuhi..............


bingkisan hati : please be the one that you should be..not more than that if i am really no one


No comments:

Post a Comment