Sunday 6 November 2011

masihkah ada Aidiladha untukku.?

Allahuakbar...Allahuakbar..Allahuakbar..
Lailahaillah..Allahuakbar..

Sayu sekali kedengaran takbir raya dari surau berdekatan rumah..betapa pada hari ini, semua umat Islam bertakbir mengagungkan kebesaran Allah SAW..tiba-tiba hati kecilku berdetik..'apakah mungkin ini merupakan Hari Raya Aidiladha yang terakhir untukku.?'

mengimbas kembali kenangan semasa kecil..pernah aku melihat seeokor lembu hitam besar yang sedang menunggu giliran untuk disembelih sempena hari raya korban..tiba-tiba aku terlihat akan air matanya itu mengalir..bertakung jernih di kelopak matanya..sayu sekali wajahnya..mungkinkah itu adalah air mata gembira.? kerana dia akan berjumpa dengan Sang Pencipta dalam keadaan yang mulia..mulianya seekor lembu yang dijadikan haiwan korban untuk hari raya aidiladha..hari ini aku sedar..betapa mulianya dia kerana berkorban untuk Allah..tapi apa yang aku sendiri korbankan untuk Dia.? sedih bila memikirkannya..hingga ke hari ini kenangan itu masih terpahat kukuh di layar ingatanku..berbahagialah engkau wahai haiwan yang mulia..

masih lagi sayup kedengaran takbir di luar rumah..terfikir-fikir akan jemaah haji nun jauh di Mekah..hati terdetik lagi..'apakah aku berpeluang untuk sampai ke tempat yang mulia itu.?' susah untuk menjangka usia hayatku yang masih tinggal..sesaat berlalu, sesaat pendek nyawaku..dan akan terus berkurang dan terus berkurang..banyak lagi yang tak aku sempurnakan..bertimbun lagi perkara yang tak aku laksanakan..sempatkan aku melakukan semua itu Ya Allah.? cukupkah bekalku untuk bertemu-Mu Ya Allah.?

berat kaki ini melangkah pergi..meninggalkan kengan silam yang begitu berat untuk dipikul..semoga segalanya menjadi ringan selepas ini..aku nekad, inilah saat permulaan baru hidupku..semoga aku masih lagi berpeluang untuk  bertemu dengan Aidiladha di masa akan datang sebagai seorang hamba Allah yang jauh lebih baik..insyaAllah..selamat tinggal kenangan..akan ku kenang dirimu sebagai pengajaran..............


bingkisan hati : masih mengharap dan terus mengharap..segalanya cuma dengan izin-Mu Ya Allah





No comments:

Post a Comment