Friday 18 November 2011

roda kehidupan

hidup ini tak selamanya gembira..
dalam ceria banyak tersirat duka..
angan terbina membawa gembira..
tapi tak siapa duga menggapainya berjuta kecewa..

mudah berkata, tak semudah bicara..
selagi ada daya, ayuh teruskan juga..
kerana manusia hanya tahu luaran sahaja..
kenyataan tak siapa tahu apa di dada..

ku duga selam membawa ketawa..
dalam ketawa membawa bahagia..
rupanya percaturan tak selalunya benar belaka..
akhirnya jatuh membawa luka..

kilasan luaran tak membawa makna..
berjuta sakit disembunyikan jua..
impian hidup membawa bahagia..
sabarlah bila balasanya air mata..

biar hari ini berlalu dipimpin masa..
berdoa esok jauh lebih bermakna..
jangan pernah pertikai usaha manusia..
hanya Allah yang tahu takdir hambaNya..

andai esok mungkin tiba..
teruskan langkah lupakan segala..
berdoa tanpa dendam tiada hiba..
biarkan tangisan tersimpan bertapa..

Allah itu Maha Kuasa..
terimalah takdirnya dengan hati terbuka..
bersangka baiklah atas segalanya..
ada hikmah terbaik tersimpan untuk kita..


"kerana Allah turunkan hujan untuk hadiahkan kita pelangi"


bingkisan hati : teruskan menangis andai air mata bisa memadam luka..tapi selepas itu bangunlah menjadi yang lebih tabah..dan langkahlah dengan penuh senyuman wahai sahabat..kerana senyumanmu membawa sejuta pelangi bahagia =)





No comments:

Post a Comment