Monday 10 October 2011

kita hanya mampu membuat andaian

"ada seorang perempuan..umurnya 15 tahun..bawa anaknya yang berumur 1 tahun jalan-jalan di pasaraya.."
-orang kata dia tu perempuan hina..tak suci..tapi tak ada orang tahu dia dirogol masa umur dia 13 tahun..


"ada seorang lelaki tua..matanya buta..telinganya tak ada.."
-orang kata dia tu hodoh..sangat hodoh..tapi tak ada yang tahu..dia kehilangan mata dan telinganya waktu mempertahankan negara.."


"ada seorang perempuan..menangis terduduk di bahu jalan dengan pakaian koyak rabak.."
-orang cakap dia gila, tak tahu jaga maruah diri..tapi tak siapa tahu anaknya baru sahaja mati ditikan sejam yang lepas..dan dia sendiri dirogol..


banyak benda dalam dunia ni yang kita nampak..kita hanya mampu membuat andaian..andaian yang kita tak tahu betul atau tidak..andaian yang semata-mata hanyalah andaian sahaja..tapi, tak siapa tahu keadaan sebenar..hanya Allah dan si dia sahaja yang tahu hal sebenar..


'jangan pernah disangka air yang tenang tiada buaya'..tiada siapa yang pernah meyelami atau faham keadaan mereka..kerana sifat manusia itu sombong belaka..sentiasa merasakan dirinya yang terbaik di antara semua..manusia susah untuk menerima keburukan orang lain..sentiasa mahukan dirinyalah yang paling bagus..


setenang air itulah yang mampu berkocak

'ketawa tak bermakna gembira..menangis tak beerti berduka'..mungkin yang sedang ketawa hanya mahu menyembunyikan kepahitan di jiwa..kerana andai diluahkan, tak semua akan mengerti seksanya..dan mungkin juga yang sedang menangis itu paling banyak gembiranya..kerana yang mengalir itu adalah air mata suka..dan mengingatkan dia betapa berharganya waktu bahagia..


belajarlah fahami jiwa mereka yang kecewa..kerana dirimu tak akan faham seksanya andai tidak pernah mahu fahami deritanya..jauhkan sifat buruk sangkamu terhadapnya kerana itu hanyalah dugamu sahaja..yang paling penting, bersyukurlah kerana dirimu masih lagi bahagia..tapi jangan pernah terleka dengan gembira, kerana ianya hanya ujian Allah semata-mata..Dia hanya mahu menguji sejauh mana tahap syukurmu pada-Nya..





sedarlah wahai semua..kita semua tak sempurna..jangan hanya tahu mencari kesalahan orang sahaja..keran kita juga sama sepertinya..penuh dengan noda di jiwa..sematkan di hati, bahawa ciptaan Allah itu indah belaka..dan segala yang berlaku ada hikmahnya.....


bingkisan hati : bila ceria dianggap gembira, derita di jiwa tak siapa fahaminya..



2 comments:

  1. btol2.lagi2 bile skarang nie, kebanyakan bnde yg ade kt dlm tv or paper, sume dh dimanipulasi utk kepentingan pihak tertentu oleh pihak tertentu. so, jgn mdh percaya.kne kaji skit dan kne pandai bezakan. pstu, bile dh tau, jgn laa simpan sorg2, supaya org lain x tersalah fhm :)

    ReplyDelete
  2. betul tu..apa yg kita nampak n dengar xsemetinya betul ^^v

    ReplyDelete