Monday 25 February 2013

happy 10th~!! :)

Assalamualaikum.....
Bismillahirrahmanirrahim....


she's already 10~  T_T

happy 10th.?? apa yang dah 10 tahun.? 0.o..ha.!!! itulah umur adik saya yang bongsu, Hani Omar~..pejam celik, pejam celik, dia dah besar rupanya..rasa macam baru semalam je dia belajar merangkak..rasa macam baru semalam dia belajar berjalan T_T..tapi, bukan itu yang nak dikongsikan..jom~

hari ni rutin harian macam biasa..tengahari hantar adik kesayangan ke UNISZA..lepas tu, pukul 2 bergerak ke sekolah si adik bongsu pula untuk bawa dia balik rumah..tak ada apa yg istimewa..Alhamdulillah semua berjalan lancar..si kecik tu masuk kereta, dia tunjuk hadiah yang kawan dia bagi..comel berbalut pink..ok, start enjin macam biasa, then bergerak tinggalkan sekolah..berfikir kejap, hari ni berapa hari bulan, 20feb kan.??..3,2,1..."Allah.!!! adik.!!! kak nini lupa hari ni hari lahir adik.."..yeay~!! \(^.^)/..lupa hari lahir adik sendiri =.='

itulah yang berlaku hari ni..terkilan sebab hari lahir adik sendiri pun boleh lupa..ramai sangat adik, ditambah pula dengan hari lahir ayah, dan 3 adik yang lahir pada bulan 2..atau saya sendiri terlampau 'sibuk' sampaikan terlupa =.='..

hari berganti hari, tahun berganti tup tup semua adik dah besar..teringat masa mereka semua renek2 je dulu..masa zaman saya sendiri secoet kecil..kami semua memang nakal..mak pernah cerita, macamana akak pernah terminum minyak wangi..saya pernah bergaduh dengan adik hanya sebab jagung manis dalam tin..adik yang pernah jatuh kerusi sampai berjahit dahi..hobi kami yang suka memanjat pokok walau dimarah sebab takut jatuh..dan banyak lagi kenakalan extravaganza lain yang tak sanggup diceritakan =.='..Allahu, kenakalan yang teramat sampaikan ayah terpaksa merotan supaya anak2 dia jadi sopan santun bertatasusila sikit..lepas kena rotan, sopan la kejap 2 saat..then, buat perangai lagi..haha..indahnya zaman kanak2 dulu :')

saya yakin setiap dari kita ada memori zaman kanak2 tersendiri..lihat pada hari ini, kita semua dah berjaya..lihat hari ini, kita semua sudah makin besar..membesar dengan sempurna, sihat..berjaya tak semestinya keputusan yang cemerlang...berjaya adalah dengan menjadi seorang anak/hamba yang soleh solehah..berjaya menggembirakan ibu bapa..berjaya tak kita.??? tepuk dada tanya iman :)

mungkin ada yang menyesali hidupnya hari ini..kita kerap melihat akan negatifnya kehidupan sampaikan sanggup menyalahkan ibu bapa..semua kesalahan hidupnya hari ini diletakkan atas bahu insan bernama ibu bapa..tapi, pernahkan kita terfikir siapa yang bersusah payah membesarkan kita sehingga kita masih mampu bernafas hingga saat ini.??? yaa...ibu bapa lah yang bersusah payah mencari rezeki demi sesuap nasi untuk anak2..kadang2 hinggakan mereka sanggup mengikat perut, berlapar demi melihat anak2 mereka membesar..besarnya pengorbanan mereka..cuma ingatlah.!! mereka hanya mampu berusaha untuk menyenangkan kehidupan..tapi, Allah yang mengizinkan sesuatu untuk berlaku.....

berceloteh panjang lebar..tapi perkara utama yang saya ingin sampaikan adalah HARGAILAH IBU BAPA sementara meraka masih ada..ingatlah, ramai di luar sana yang sudah kehilangan ibu bapa dan mengharapkan mereka untuk kembali..kita yang masih mempunyai ibu bapa, sayangilah dan jagalah mereka sebaiknya..doakan kebaikan mereka sentiasa teruatama selepas solat..untuk mereka yang telah kehilangan mereka, bekalkanlah doa buat mereka..moga mereka dalam keadaan baik2 sahaja, roh mereka dalam golongan yang soleh solehah..

tak mahu membebel panjang..moga apa yang cuba disampaikan dapat menyentuh hati kalian semua..insyaAllah :)


bingkisan hati : umur sebenar kita bukanlah dikira sejak kita lahir di dunia fana ini..tapi umur yang sebenar adalah dikira bermula dari saat kita mengenal Allah Yang Maha Esa..so, tanya diri sendiri, berapa umur sebenar kita sekarang.?? ;)

No comments:

Post a Comment