Monday, 9 July 2012

nilai seorang SAHABAT

SAHABAT...

bukan sekarang tapi sebelumnya..
bukan esok hari tapi seterusnya..
bukan bersyarat tapi seikhlasnya..
bukan sementara tapi selamanya..

mencari rakan itu mudah..
tapi mencari sahabat itu payah..
kerana sahabat itu tidak mudah melatah..
sentiasa bersama dalam susah payah..

mencari sahabat itu impian hati..
tapi menjadi sahabat mesti didahului..
kerana yang mahu itu wajib menjadi..
barulah senang dapat apa yang dicari..

sahabat sejati sentiasa dinanti..
walau diri ini tak sempurna srikandi..
hanya harapan mekar di hati..
moga ianya tercapai suatu hari nanti..

tugas sahabat menegur kesilapan..
terimalah tegurannya tanpa terbeban..
jadikan nasihatnya sebagai hiasan..
sebagai sebuah hamparan kehidupan..

tugas sahabat juga menerima teguran..
walau si pemberi banyak kelemahan..
terimalah segalanya tanpa tentangan..
sematkan di hati untuk masa hadapan..


"seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain"


baik jadi kanak-kanak yang tak pernah tahu makna menjatuhkan sahabatnya..kerana bagi mereka, sahabat yang mereka ada adalah terbaik dan dia juga menjadi yang terbaik..how nice to be one of them =)


bingkisan hati : untuk mendapat seorang sahabat, kita mesti menjadi sahabat dahulu..kerana Allah itu Maha Adil..jom jadi sahabat yang baik ^^v



Tuesday, 15 May 2012

kepada mereka yang kecewa bercinta

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim.....

wahai insan.....
sakit kecewa itu perit rasanya..sampaikan rasanya itu tak terluah oleh kata-kata..but,i'm proud of you..sebab awak masih kuat untuk terus berjalan dan terus melangkah..walau di hati sejuta perit dan sakit hadir..awak sangat kuat wahai teman =)

kepada mereka yang kecewa dengan cinta manusia,
just pray for the best..
mungkin dia didatangkan kepadamu bukan untuk mengajarmu erti cinta..tapi untuk mengajarmu lebih kuat apabila dihancurkan oleh cinta..kerana hidup tak selamanya gembira..Allah datangkan duka supaya kita lebih kuat dan terus menjadi kuat..sesungguhnya Dia tahu hikmah yang tersimpan dalam setiap percaturan-Nya..dan percayalah, Dia ada simpankan seseorang yang jauh lebih baik untukmu..cuma perlu percaya pada-Nya =')

kepada dirimu yang sakit kerana cinta manusia,
JANGAN PERNAH rasa keseorangan...JANGAN PERNAH rasa bahawa dirimu sendirian..kerana Dia sentiasa ada dalam setiap langkah perjalanan hidupmu..Dia sentiasa ada dalam setiap saat helaan nafasmu..sesungguhnya Dia itu amat dekat dengan kita hinggakan kita tak nampak Dia..bayangkan sebatang pensel yang diletakkan betul-betul di hadapan anak matamu..pensel itu wujud, tapi engkau tak nampak kerana pensel itu terlampau dekat dengan dirimu..begitulah analogi betapa dekatnya Allah dengan hamba-Nya..so, face just face the life and remeber that Allah is always by your side ^^v


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya
(Al Qaaf:16)


cintakan manusia, manusia akan mati..
cintakan Allah, kekal abadi..


bingkisan hati  : Allah turunkan hujan untuk hadiahkan kita pelangi...don't ever feel alone because Allah is always by your side..dan adulah segala rasa sakit, pedih, perit itu kepada Allah..kerana Dia adalah pendengar terbaik..sentiasa ada =')


teruskan melangkah dengan senyuman ^-^



Saturday, 14 April 2012

kalau dah cinta, semua jadi tak apa =.='

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim.....

bercakap soal cinta, memang ramai yang tertarik dengan perkataan ni kan.? terutamanya remaja dan mereka yang sedang hangat bercinta..dengar je perkataan tu, semua perkara jadi indah..sebab ramai yang fikir cinta tu indah..sampaikan dengan perkataan tu sahaja dah boleh buat kita tersenyum seharian..betul tak.? =)



bila jatuh cinta, semua jadi bahagia belaka..bak kata pepatah, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah..semua yang dilihat pada pasangan tu cantik-cantik semuanya..si dialah yang terbaik, si dialah yang paling sempurna, si dia itu, si dia ini..senang kata, semua si dialah..betapa jatuh cinta ni boleh buat semua perkara jadi indah je..bayangkanlah macam mana dengan jatuh cinta makan pun jadi tak kenyang..tak tercapai dek akal bagaimana boleh makan, tapi tak kenyang..tapi itulah realiti..jatuh cinta memang indah..

selalu dengar orang cakap, cinta sejati ni susah nak cari..dengan cinta sejati, semua mimpi boleh jadi realiti..dengan cinta sejati, duit tak ada pun tak apa..dengan cinta sejati, redah lautan api pun sanggup..asalkan si dia ada di sisi, semua perkara ok je..ASALKAN si dia ada, semua dijamin settle..betul ke sampai jadi macam tu sekali.? dengar macam tak logik dek akal kan.? nak redah lautan api.? gila ke =.='..tapi hanya mereka yang dilamun cinta sahaja tahu sejauh mana kebenaran semua perkara tak logik tu =D

betul ke bila dah cinta, duit tak ada pun tak apa.? awal-awal bercinta atau kahwin boleh la kan..tapi sanggup ke tak cukup makan pakai sampai bila-bila.??? cakap senang wahai saudara saudari..sebab awak tak nampak lagi masa depan macam mana..masa tengah bahagia, memang semua ok je..tapi sampai bila awak tu nak duduk dalam keadaan tak selesa sebab pasangan awak tu tak ada duit.? orang lain ade kereta, ada rumah..awak ada apa.? ada cinta je ke.? dengan cinta tu awak boleh kenyang ke.?? dengan cinta tu awak boleh tidur dengan selesa ke.?? so, dengan cinta macam tu awak boleh bahagia ke.????

betul la orang cakap 'cinta tu buta'..sebab apa.? sebab masa tengah bercinta tu, semua cakap orang awak tak nak dengar..cakap mak ayah awak sendiri pun awak tolak..mak cakap suruh cari pasangan yang ada kerja dulu sebab senang bila dah ada duit, awak tak nak..ni la akibatnya bila buta sangat dengan cinta..nanti bila dah kahwin, sibuk mintak duit dengan mak sebab suami awak tu tak ada duit..haaaa...masa tu baru la menyesal..dulu tak nak dengar cakap mak ayah..sekarang, hidup la awak dengan CINTA awak tu..'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak ada guna'....

yaaa...saya tahu kalau ada duit, tak ada cinta pun tak guna kan..saya bukan nak ajar saudara saudari berfikir materialistik atau pentingkan harta je..tapi sekurangnya paling kurang pun, awak dapat hidup selesa selepas kahwin..fikirlah bagaiman anak-anak awak tu nak hidup nanti..takkan awak tak kesian langsung tengok anak awak duduk dalam keadaan serba kekurangan..kepada awak, tolonglah fikir guna akal dan iman..bukan guna nafsu =.='

kesimpulannya kat sini, jika benarlah si dia mencintai awak sepenuh hati, si dia TAK AKAN pernah biarkan awak hidup dalam keadaan serba kekurangan..si dia akan berusaha semampu boleh untuk bagi walau sedikit kesempurnaan untuk kehidupan awak..sekurangnya, awak cukup makan dan pakai walau tak hidup mewah macam orang lain..dan awak pun kenalah give and take dalam hubungan..jangan harapkan dia je untuk usaha cari duit..awak pun kenalah bantu dia ok =)

ooohhh sebelum terlupa..kepada pasangan yang sedang hangat bercinta tu, kalau si dia tu cakap nak kerja untuk sara awak, jangan terus percaya ok..sebab cakap je tak guna kalau tak buat..lidah kan lebih lembut dari gigi..semua orang boleh cakap..tapi nak buat boleh ke.??? so, make sure dia buat dan awak nampak usaha dia tu..dan sebelum kahwin tu, pastikan si dia ada pendapatan tetap dan sekurangnya ada sebiji rumah dan sebiji kereta..tak besar tak apa, asalkan selesa ^^v



bingkisan hati : jatuh cinta memang indah..tapi pastikan cinta itu kerana Allah..plihlah yang bercinta kerana Allah..sebab orang yang bercinta kerana Allah akan tahu tanggungjawabnya terhadap pasangan..kerana Dia takut akan Allah..apa yang penting, segalanya bermula dan berakhir kerana Allah..bertemu dan berpisahlah kerana Allah =)




Saturday, 7 April 2012

sebuah hamparan kehidupan

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim.......

hidup ni penuh dengan misteri kan..kita tahu apa yang berlaku semalam dan sebelumnya kerana kita nampak perkara tu berlaku..kita tahu sebab kita juga alami perkara itu..tapi, tak siapa yang tahu apa yang akan berlaku esok atau selepas ini..kita hanya mampu mengagak dan merancang sahaja..tapi, yang menentukan hanyalah Allah sahaja.......

hari ni bahagia, ceria je..tiba-tiba selepas tu kita menangis..pernah ke kita terfikir akan menangis.? waktu kita sedang bergembira tu, ada terdetik yang kita akan menangis selepas itu.? tak ada kan....sebab tu la waktu kita sedang seronok ketawa tu, jangan terlampau gembira kerana bimbang esok kita akan menangis..waktu kita sedang bergembira, ingatlah pada mereka yang langsung tak mampu walau untuk tersenyum..betapa beruntungnya kita kerana masih boleh ketawa..

hari ni, dan semalam, banyak perkara yang kita alami..dan semestinya semua itu disimpan kemas menjadi lembaran kenangan serta memori kehidupan..ada duka ada gembira..itulah namanya kehidupan kan.? dan selepas itu, esok dan hari seterusnya akan tetap menjadi misteri..misteri yang tiada siapa pun ketahui kecuali Dia sahaja..dan kita, semestinya akan terus mengharapkan semoga seterusnya itu adalah kebaikan dan kebaikan sahaja..

"semalam itu kenangan..hari ini ialah kenyataan..esok adalah harapan"


sesungguhnya masa depan itu milik Allah..apa pun yang berlaku, teruskan langkah dengan penuh yakin..kerana Allah sentiasa ada bersama hamba-Nya yang yakin dengan-Nya =)


bingkisan hati : saya selalu berpegang bahawa janganlah minta berlakunya perkara gembira..tapi mintalah semoga segala yang datang itu membawa kebaikan kepada kita..sedih atau gembira perkara itu, mohonlah untuk kebaikan dunia dan akhirat..bukan setakat dunia sahaja..dan kebaikan itu semestinya untuk semua umat Islam juga ye ^^v


Saturday, 24 March 2012

sabar itu indah kan =)

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim......

marah itu mainan syaitan nak lalaikan kita daripada terus bersyukur atas nikmat Allah..sentiasa menguji kesabaran manusia..syaitan ni jahat..........kita selalu cakap, "sabar pun sabar la jugak..tapi sabar pun ada batas..aku dah tak boleh sabar dah ni"..so, ada ke istilah batasan sabar ni.? =)

sebenarnya, istilah batas sabar ni tak pernah wujud terutama kepada orang beriman..ianya cuma satu daripada helah syaitan untuk "membenarkan" kita hilang sabar..hakikatnya, sabar tak pernah ada batas..dan, hamba yang baik adalah yang berterusan sabar tanpa rasa jemu..kerana apa.? kerana dia percaya setiap yang berlaku ada sebab dan hikmah..kerana Allah takkan pernah membenarkan sesuatu perkara berlaku tanpa sebab..dan orang yang beriman itu juga tahu bahawa Allah sentiasa bersama  dengan orang yang sentiasa sabar..Rasulullah SAW pernah hilang sabar tak.? tak pernah kan..kerana baginda yakin dengan Allah =)


 يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَ الصَّلاَةِ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْن
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan shalat; sesungguhnya Allah adalah beserta orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah ayat 153)


sabar itu indah sangat..percayalah cakap saya..kerana orang yang bersabar ini sentiasa disayangi dan dikasihi Allah..Allah kasih hamba-Nya yang sentiasa sabar..best la bila Allah kasihkan kita..kan.?? =D..siapa cakap sabar ni susah.? sabar ni senang sangat bila kita yakin dengan Allah..so, kalau siapa-siapa yang rasa sabar tu berat, jom kita muhasabah diri sama-sama..mungkin iman kita perlukan suapan rohani..solatlah minta bantuan daripada Dia..ingatlah, its never late to change for better  =)

tapi, setiap manusia ada kelemahan masing-masing..janganlah pula kita bebas nak buat apa sahaja dengan alasan, sabar itu tiada batasan..dan orang lain boleh terus unutk bersabar..sebab tu la Allah bagi kita akal..nak bezakan kita dengan haiwan..tapi, pilihlah untuk menjadi insan..kerana insan itu adalah manusia yang berfikir..bukanlah hanya manusia yang tahu memikirkan diri sendiri sahaja, pentingkan diri semata-mata..fikirkan juga keadaan orang lain..because life is all about give and take..what you give are what you get =)


indah hidup kerana bahagia...indah iman kerana sabar...
(kerana sabar itu separuh daripada iman ^^v)


bingkisan hati : jangan diukir sabarmu di atas pasir pantai kerana ia akan hilang disapu ombak dunia..tapi ukirlah sabarmu di lampiran iman kerana di situlah tersematnya keyakinan pada Allah yang Maha Melihat sabarmu dan percayalah, ianya TAK AKAN PERNAH terpadam =)